Thursday, April 5, 2012

Admit di Hospital Sri Manjung

Alkesahnya...rentetan kesah admit di Hospital Sri Manjung ni aku dah update di entry sebelum ni. Tapi tak sempat upload gambar.

Aku ni sbenarnya g Klinik Yasmin untuk mintak referral letter untuk bersalin nanti ke HUSM, Kubang Kerian. Alih-alih doc Yasmin scan cakap placenta previa aku still type 3...yang mana amat berisiko untuk travel and dia cakap bom jangka yang leh meletus bebila... Means aku akan hadapi risiko bleeding sama ada bleeding sikit or macam air paip. Masya'Allah..takutnya aku.

Terus aku direfer ke Hospital Manjung. Kena g labor room sana. Macam-macam kena buat. Blood test la CTG la macam-macam and end up dengan aku kena admit di sana. Sempatla dua malam. Kalau diikutkan aku kena tahan sampai bersalin which sehingga week 37 atau 38 iaitu awal bulan 4. Fuh lama gila and aku amat tak suka duk hospital bila berjauhan dengan family. Tambahan pula en hubby kalut ulang alik kerja. Sedey saya.

Under Dr Kamal...

Dah berkemas untuk balik daaa..

Masa kat Hospital Manjung, layanan ok. Aku sempat amek injection Dexa iaitu untuk matangkan paru-paru baby. Fuh memang sakit..sampai menggigil aku dibuatnya. Tapi demi baby tersayang, ku sanggup.

Tunggu punya tunggu, rayu punya rayu aku dapat discharge dengan own risk dan kena lapor diri ke HUSM untuk admission ke sana. Huwaaa tak de chance nak duk rumah la jawabnya. Aku akur so terus balik ke kampung dengan penuh debaran. Aku dan en hubby berdoa semoga perjalanan kami selamat. Sepanjang perjalanan ku pasal bacaan ayat alQuran dari quran digital dan letak di perut. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat.

2 comments:

Lady Rina said...

6 tahun lepas akak pun bsalin kt hosp.sri manjung gak...take care ya...

Unknown said...

yeke kak... dah lama dh eh...

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template