Mya Zara Raihana ...

7:28 AM

Hari ni genap hari ke 11 Mya Zara Raihana dilahirkan.. En hubby suruh panggil Raihana..aku plak nak panggil Zara..tapi sebenarnya sejak dalam perut lagi kami berdua asyik panggil dia dengan nama 'Raihana'. Patutla sekarang kalo panggil Raihana je...dia akan respon.

Day 1:
Lahir ke dunia... selepas dibersihkan nurse temukan Raihana dengan abi nya untuk diazankan manakala aku masih pengsan kesan bius. Selepas aku sedar , aku ditolak ke ward. Aku sempat bertanya nurse 'Macam mana keadaan anak saya'.. Nurse menjawab ' Anak puan selamat dan sihat'. Alhamdulillah...

Dah sampai di ward... en hubby membawa masuk baby dari nursery..Aku hanya mampu terbaring atas katil sebab sakit dan hanya sempat mengusap pipi anak ku..

 3 jam selepas dilahirkan

Malam tu plan asal en hubby sorang je temankan aku sebab baby duk kat nursery. Tapi rupanya kami boleh amek dari nursery dan anta balik ke nursery bila baby lapar or bila-bila perlu. Tapi pukul 11 malam baby nangis kuat giler dan aku call mak aku..Mak setuju nak datang tido temankan aku.. Naseb kami memang amek bilik sorang. So baper ramai nak datang pon takpe.

Pukul 2.30am aku ngan mak xlarat dah...Kami semua kepenatan..Panggil nurse bawak baby ke nursery.


Day2:
En hubby bgn Subuh mamai cari baby di mana..Hehe kesian dia cari baby..sebab dia lupa agaknya baby dah diserah kat nursery malam tu. Die solat Subuh then terus ke nursery amek balik anaknya. Sayang betul dia..Sapa tak sayang anak oiii..hehe

Pagi tu Dr Zana buat ward round. Dia tanya nak sunatkan terus ke tak. Aku cakap..buat terus jela since memang Dr Zana boleh buat. So setel tak sampai 10 minit baby diserah kembali pada aku. Lega dah sunatkan Zara.

Tengah hari tu, nurse bagitau dah boleh discharge. Aku cakap tunggu en hubby balik dari solat Jumaat. Kami balik la ke rumah..Yahooo


Day 3:
Ummi still tak dapat susukan Zara. Kuar sikit je..Pagi tu bangun tido rasa tak boleh angkat lengan. Sah aku dah bengkak susu. Bagitau en asben mintak pergi ambil mak bidan sebab aku dah rasa bunga-bunga nak demam bengkak susu. Mak bidan datang urut-urut lancarkan susu dan aku lega. Dapat susukan Zara walau amat susah sebab nipple problem...dia tak puas....


Day 4:

 Zara ready ke KK with TokMa and Abi

Pagi tu en hubby pergi report aku bersalin di Klinik Kesihatan Kedai Lalat. Tak sampai dua jam nurse datang membuat visit pertama. Dia check blood pressure aku dan baby. Dia cakap baby ku ada jaundis..So dia mintak bawak baby ke KK after lunch. So kena tunggu tok ma untuk pangku baby. Tokma balik dari hospital hari tu terus bawak baby ke KK.. Aku rasa nak nanges bila mak bagitau sian tengok zara kena inject kat kaki. Baru ku rasa cemane perasaan kawan-kawan aku yang citer sian tengok anak kena inject.
Result darah menunjukkan bacaan 197. Aku pulun breastfeed dia dan pam bagi melalui botol pon ada. En hubby siap belikan nipple shield untuk aku, tapi brand Pigeon. Hantam sajalah sebab aku pon tak pernah tengok menda ni. Tapi tak membantu sangat...


Day 5:


Tokma bawak Zara with Abi ke KK. Blood test menunjukkan bacaan 235. Alamak naik. Aku terdiam takut kalo makin naik silap-silap Zara kena tahan ward. So en hubby suruh aku survey hospital mana. Kami decide nak bawak ke Pakar Perdana sekiranya Zara kena admit.

Day 6:


Aku, En hubby, Zara dan Tokma ke Pakar Perdana. Aku ada follow up dengan Dr Zana untuk buang plaster tempat operate dan doc bagitau luka ku dah kering. Doc scan dalam rahim, sudah clear. Alhamdulillah.
Lepas tu bawak Zara jumpa pakar kanak-kanak dan doc kata nothing to worries sebab jaundis dia tak teruk. Just teruskan breastfeed. Nasihatnya tak perlu kejutkan baby 2 jam sekali untuk susukannya sebab baby tau untuk bangun sebab baby tido adalah untuk pembesaran. Lega aku dengar. Next appointment ujung bulan ni pulak untuk bawa Zara amek suntikan 1 bulan.


Day 7:



Masih monitor jaundis nya. So far makin baik dah pulih. Lega ku dengar. Cuma malam-malam dia suka terjaga untuk menyusu. Waktu dia biasa bangun pukul 1-2am, 3-4am dan 5-6am...Pengalaman baru untuk ku dan en hubby tetapi dibantu oleh ibuku. Kadang-kadang tido sambil meriba nya. Tapi aku berbangga sebab en hubby banyak berjaga dari aku..Hehe..ummi penat katakan...

ok nanti sambung lagi citer ni...

You Might Also Like

4 comments

Like us on Facebook