Kisah Zara

5:23 PM

Still lagi mood nak update citer pasal Zara...

Day 8:


Zara bebas dari jaundis sepenuhnya. Alhamdulillah. Aku ade kasi dia minum air anggur hitam..titik sedikit kot mulut nya. pastu blend air sengkuang. Yang ni lagi cepat dia berak. Mengikut nurse, dia cakap lagi banyak berak kuning lagi bagus. So memang cepatla sembuh. Ada jugak mak aku mandikan Zara dengan air teh. Air inai pon ok jugak.

So far mencabar jugak menjaga anak kecil ni. Kena bangun kerap sebab dia suka menyusu. Kadang-kadang gilir dengan abi nya. Aku akan pam susu siap-siap kalau rasa tak larat bangun. So en abi akan tolong bagi dia menyusu. Memang respek en abi sebab sanggup berjaga berjam-jam demi untuk Zara tersayang.


Day 9:

Malam ni last abi temankan Zara before abi balik ke Perak untuk kerja. Nanti abi balik lagi hari Selasa jumpa Zara. Kebetulan hari ke14 nanti nak buat majlis bercukur dan akikah nya sekali gus.

Oh yer masa hari ke7 en hubby dah selamat mendaftar kelahiran Zara di JPN, Pasir Mas.



Day 9: 

En Abi dah masuk kerja dah..tinggalla Zara dengan kami semua kat kampung. Rindunya kat abi. Abi just call la pengubat hati rindu pada Zara. Setiap kali abi nya bagi salam dan panggil nama Raihana..terus dia terdiam. Mungkin cari mana kah abi nya kot....

 Aku sempat snap gambar dua beranak ni sebelum en abi pergi ke Perak.



Day 10:


Baby Zara masih lagi breastfeed macam biasa. Ku terpaksa pam since dia tak puas menyusu. Tapi ada kalanya aku bagi je direct. 

Zara tidak banyak kerenah. Dia suka tido hanya akan bangun kalau nak menyusu dan juga berak.


Day 11:

Aku sempat order Medela Nipple Shield dari babydash.com. Sungguh cepat service yang diberikan. Pihak babydash siap call aku untuk confirmation dan juga beri free gift untuk order pertama aku ni.



Day 12:

Sian Zara, ummi selalu susah nak ejas kasi Zara sendawa.. hehe belum expert macam tok ma and en abi. Tak sabar tunggu en en abi balik. Rindu sama abi...


You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook