Saturday, June 30, 2012

Raihana merajuk ke?

Aritu en abi janji nak amek Raihana awal..tapi skali kami terlambat sikit gara-gara ada urgent kena beli barang sikit. So masa balik tu ku tengok Raihana macam diam je... (marah ke..hehe xkan dah pandai marah)


xnak pandang kami...wohooo majuk yer..


 terpaksa tukar posisi untuk snap gambo sayang


Malam tu boleh tahan dia menegur suma orang dalam rumah..bising je dengar ape yang dibebelkan entahla...hehe

Thursday, June 28, 2012

Kerenah si Kecilku..Raihana

Entry tertunda lagi seperti biasa. Lately macam malas nak update blog. Tapi buat-buat rajin jela...Almaklumlah ada beberapa blog nak kena jaga.. opss ..

Last weekend kami ke IKEA, saja nak layan shopping sikit barang-barang rumah. Bawak Raihana sekali, nasib dia takde menangis ke ape..cukup baik....Tq sayang cz memahami situasi ummi dan abi.

test baby cot...

Banyak jugak beli...tapi terlupa nak snap gambo...hehe..malam tu melayan Raihana jela kat rumah...takde kje lain..sronot nampak dia dah mula cuba nak meniarap.adala skali dua terbalik kiok...nasib ummi and abi tolong pusing balik..Best nya rasa bila nampak progress pembesarannya di depan mata.


cubaan untuk meniarap sambil malas-malas....


Skali dah tidooo daaa


dah pandai nak main-main ni...yang ni pon jadila walau lom nak tumbuh gigi..





Tuesday, June 26, 2012

Visit Pantai Hospital again

Minggu lepas tak pasal-pasal dapat MC dua hari akibat sakit tekak.. Sekali ada kahak berdarah...bila g clinic doc check tak de luka kat tekak. Agak risau tapi aku tak plak rasa sakit kat memane. Hurm...doc terus refer pada hospital. Memula dia nak suruh pergi Columbia Asia, Puchong tapi kami cakap tak nak...Nak g Hospital Pantai KL (since semua record medical aku memang ada kat situ). So terus dapat refer letter..esok nya aku g sendiri ke Pantai cz en hubby kerja. Balik plak kul 4, takut doc tak available dah masa tu.

Esok nya pergi sorang-sorang..entertain by Doc Sundari, pakar respiratory. Fuh baik betul dia...friendly dan information dia bagi amat senang difahami. Oh yer, sebelum tu aku kena g wat x-ray. So masa jumpa doc terus bukak result x-ray from computer nya.

Alhamdulillah, paru-paru aku clear..tak de effect ape-ape..So dia suruh pergi buat blood test. Result nya esok aku kena pergi buat collect. Memandangkan tak de ape-ape yang doc leh jumpa time x-ray, dia decide esoknya aku kena masukkan kamera.. Hehe..ni kali kedua experience yang sama. Aku setuju.

 Layan HBO kejap sambil tunggu nak timbang berat..oh yer...makin turun berat..yahuu ni makin semangat nak breastfeeding ni..


Esoknya check in kat Pantai pukul 11am. Rileks je procedure ni siap tak payah salin baju yang nak masuk dewan pembedahan tu dan yang penting tak payah admit ward.. Yahuu...kalau tak harus berkampung kat situ..Before procedure aku diberi nebulizer...entah nape...




Tapi aku bukan sakit ape pon..hehe Result endoscopy tu...again..clear..tak de ape..cuma doc cakap bila dia bagi pressure tu ada bleeding sikit. So dia saspek time nak kuarkan kahak aku bagi pressure kuat sikit. Opss aku rasa macam biasa je.. Tapi sbenarnya darah dah stop dah time tu.. Tapi ok gak dapat medical check up free..hehe





terbaring kesan ubat bius..blum abis reverse nih..


Setel...balik petang tu adik aku amek ..Asben plak ke Shah Alam g TNB sana hantar document ape tah..for sure jammed....Dahla bengkak susu dah time tu..malam tu terus eden demam bengkak susu.wohoooo dah pam pon sama..malam tu pulun kasi Raihana clearkan..misi berjaya...esoknya daku dah sehat..wuhuuuu

Kesimpulannya..tak de ape pon...tapi happy la dapat tau condition paru-paru dan dalam-dalam badan aku ni..semua masih ok dan cantik doctor kata. Alhamdulillah...

Nota kaki:
standardla bila g specialist dia teruk check all out. tak payah kena tunggu-tunggu.
teringin nak g check up kat Gleneagles Hospital..en hubby mesti tak nak..alasannya jauh..huh..
naseb demam panas shari je...hehe

Thursday, June 21, 2012

PurpleSakura Closet

Saya dengan ini nak announce akan kewujudan PurpleSakura Closet.

Buat masa sekarang, iklan untuk pemilihan fesyen baju hanya diupload ke facebook saya. Tapi kat sini saya akan upload gambar jugak. Untuk lebih jelas sila ke Facebook seperti di bawah:

email:anna_fiera81@yahoo.com
Facebook id: Anna Fieza

Sila la ke facebook ku untuk menjamu mata atau leh layan item kat bawah ni.









Sila sms ke 013-3433878 / 012-3204518 atau email ke purplesakura5@gmail.com untuk membuat tempahan atau pertanyaan.


POSTAGE CHARGE POS LAJU:






1pc
2pc
3pc
4pc
5pc and above
Semenanjung
RM7.00
RM8.00
RM9.00
RM10.00
Free Postage
Sabah/Sarawak
RM9.00
RM12.00
RM13.00
RM15.00
Free Postage
Please make payment after your order have been confirmed. Payment to:

Maybank : 162348465704 ( Nor Hafiza Mohd Zin

Please include purplesakura5 email address, purplesakura5@gmail.com when you make the payment. Bank will notify us through email once the transaction is completed and we will be able to update your order status immediately.

Please take note that if you are paying using your friends, family, or else bank account, please email us a screen shot of the transaction receipt at purplesakura5@gmail.com. This is for us to verify the transaction.

OR

Please email your screenshot of maybank payment either bank receipt or maybank2u screenshot

and sms to above number once payment complete for fast update.

Wednesday, June 20, 2012

Hari Minggu di Melaka

Sabtu malam aritu kompeni aku keja buat annual dinner. So aku belum sempat nak update entry tentang dinner cz semua gambar ada kat laptop kat rumah. Ape kata aku citer dulu pasal trip ke Melaka.

Ahad aritu aku dan en asben berkemas rumah. Siap berkemas tengah hari tu terus gerak ke Melaka. Plan nak jumpa kawan aku, Hanim yang dari Muar. Sekali last minit family mentua dia datang umah. Tapi aku dan en asben memang ke sana sambil nak jumpa auntie and sepupu en asben.

Cousin en asben ni pelukis. Memang syok pergi kat tempat dia keja. Leka je tengok diorang melukis. Kedainya bernama 'Kora-Kora- di Dataran Pahlawan. Chett..promot sikit. Semua geng dia dari Kelantan. Sempoiii je tengok derang sketch gambar2 pelanggan.


 
 Tuh yang belakang kami tu en cousin. Tengah rushing siapkan order pelanggan yang rushing nak balik..


Raihana dengan riak muka mau nanges.



Sementara menunggu siap, kami ke A&W.. Aku teringin bebenor nak makan monza beger. Double monza beger beb aku belasah. Akibat kempunan dah lama dan kelaparan.. Tapi air, maintain air mineral.. No cold water.


Dah kenyang menyusu..ape lagi tido la anak dara aku ni.. 

Oh yer skang ke mana-mana kami kuar aku tak de bawak susu formula and botol susu cz aku prefer direct feeding. Memula tu segan gak tetapi lelama ok la.. Chopp...aku takde la terus selak-selak camtu..nanti aku citer lain pasal cemane breastfeeding di tempat terbuka.

Selesai makan-makan tu kami terus menuju ke Bukit Katil. Harusla jumpa auntie aku. Ekcelly dah almost 4 years tak jumpa. Bila dia balik kampung, aku plak dah balik KL dan sebaliknya.

Opss tak sempat bergambar dengan dia. Tapi aku sempat snap gambar si comel Raihana yang maintain tido..


Sorry bantal baby tak de la plak...


Kami terus balik ke KL malam tu dalam pukul 10.30pm. Next time plan nak ajak adik aku g makan asam pedas air tangan orang Melaka. Yezza



Wednesday, June 13, 2012

First Outing at KL Shopping Complex with Raihana

Ahad aritu, pertama kali aku with en asben bawa Raihana ke Midvalley dan Sogo. Kami belum beli stroller lagi untuknya so just dukung macam tu jer. Gilir-gilir dengan en asben tapi most of the time of course la si dia yang kena amik tanggungjawab itu.. Yeay..

Aku hanya g Vinci , Jusco dan sempat makan kat Food Court nya..mana lagi kalau bukan Portuguese Grill Fish.
Memang sedap betul...

termenung duk pikir banyak nye kasut kat sini..



Pak Uda..ni adik aku yang belajar kat UNISEL



Aku punye lauk...Bawal  + petai


Time makan...Raihana atas riba aku.susah kan takde stroller..harus pergi cari stroller next week.


Selepas tuka baju kat jusco...mood ceria


Alamak..sudah tidooooooo

Pastu kami gerak ke Sogo...kat sana tak dan nak snap gambo sebab Raihana dah tido dan aku kepenatan.






Tuesday, June 12, 2012

Gift dari officemate Ummi

Murah betul rezeki Raihana sejak dari lahir hinggalah ke hari ni. Ada je rezki yang dia dapat. Orang kata setiap anak yang dilahirkan tu nanti dah ditetapkan rezeki untuk nya.. Kan kan

Bila kat office pulak...kawan-kawan ummi pon ada kasi...meh nak snap..saje je nak layan gambo hadiah raihana ni..


 Sebahagian...ni dari kawan-kawan department ummi



 Alamak..auntie Steph salah eja nama abi la..hehe



 Cute sangat card ni




Kasut (from auntie Steph) dan set newborn (from auntie Siew Wei and Sunnie)..



 From auntie Ina




Dah pandai peluk teddy ehh


Thanks pada semua dan ada banyak yang ummi tak sempat upload.

Monday, June 11, 2012

Tahniah Caroline Juara Mentor 6

Seperti yang dijangka oleh ku, Juara Mentor 6 jatuh pada .......

protege ELLA 

iaitu

CAROLINE...


Memang mantap persembahan dari Caroline sehingga dapat mendapat markah keseluruhan sebanyak 71 markah.



Untuk info, protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah, manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan hanya mendapat 50 markah.
Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional (Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini), 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Oh ye untuk sesiapa yang nak tau biodata Caroline, ni ada saya ringkaskan kat bawah ni.

Biodata Caroline Juara Mentor 6
Nama sebenar :Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama komersial :Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun
Protege: Ella


Source From :

Wednesday, June 6, 2012

Company Dinner Invitation - Hawaiian Night

Start kerja selepas cuti bersalin aritu, aku dapat kad jemputan untuk ke company dinner bertarikh 16 June 2012 bertempat di One World Hotel, Damansara.


Aku dah reply untuk hadirkan diri bersama seorang teman. Sape lagi kalo bukan en asben.


 will attend with partner


Baju plak..seperti biasa daku masih mencari-cari yang sesuai........



Tuesday, June 5, 2012

Sending Raihana to BabySitter Home

Semalam aku start hantar Raihana ke rumah babysitter sendirian cz en asben dah pergi Perak. Alhamdulillah takde kerenah cz dia hanya memandang sekeliling dengan muka mengantuk. Masuk kereta terus dia tidur dengan lenanya.

Masih gelap cz keluar awal sikit nak isi minyak keta.


Arini aku kuar lambat sikit sebab school holiday. 

 Sorry dear..ummi terpaksa angkat sayang tengah tido..Dia tak menangis pun macam paham kot aku nak g kerja. So dia tak de la nak buat hal.. Bagus betul anak ummi.


Raihana plak sepanjang jalan tak tidur tapi mata asek tengok kiri kanan jalan. Suka agaknya.

Termenung ....



Jeling ke ape tu sayang...


Dah pandai respon bila ummi panggil nak snap gambar nye...

Tak sabar nak tunggu 4.50pm...nak balik jumpa chenta hati ummi....

Monday, June 4, 2012

Melayan Raihana Punye Kerenah

Semalam pukul 11 pagi en asben dah bertolak balik ke Perak. Yang sweet nya masa tu Raihana tengah tido. Bila abi dia g bisikkan kat telinga cakap duk diam-diam. Abi dah nak balik..serta merta dia buat muka nak nangis dan nangis. Bila abi dia angkat dan peluk baru dia diam. Kebetulan ke ape tatau la kan..

So semalam aku sendirian menjaganya buat kali pertama. Seharian melayan kerenah Raihana yang asek merengek mau aku berada disisinya. Nak ape lagi kalau bukan nak menyusu. Manja betul.

Bila dah tido, mula la aku snap gambar dia. Saja takde keje. Hihi. Jom layan kerenah Raihana on last weekend.

Kuat nye menangis...


 Malu la plak.


Erkkk..


Buat muka lagi..


Menggeliat plak.


 O oooo ooooo


Alamakkk....


nak tido la tuh


Dah...jatuh sudah dari bantal
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template