Perabot baru sudah sampai
1:59 PMSabtu lepas selepas pergi wedding kat Shah Alam daku sempat meluangkan masa bersama en asben, Raihana dan adik iparku nak survey perabot. Dah lama sebenarnya nak beli tapi terbantut cz kami xsempat nak housekeeping rumah sebetul2nya sejak pindah aritu. Aku decide nak buat after delivered cz time peknen amatlah tidak ada mood plus tak larat nak bau barang-barang.
Once dah balik KL, kami terus kemas-kemas dan pilih perabot.Kebetulan adikku yang mengajar di JB dapat pindah dekat Selangor dan rezki nya dapat sekolah tak jauh dari rumah ku. So of course dia duk ngan aku. Senang sikit kalau susah senang ke ada adik beradik dan tak mungkin kita nak harap kat orang luar kan.
Adik ku sempat jugak booked set bilik tidur untuk bilik kedua rumah aku. Aku plak pilih sofa L shape, kabinet TV, cermin ruang tamu, set meja makan dan satu katil single untuk letak kat bilik kecik khas untuk tetamu. Lega dah setel.
"Ko tak boleh jaga anak sorang-sorang, aku taula sebab aku yang suami duk sekali pon susah. Nak angkat anak lagi dengan beg lagi"
Masa tu aku terdiam sebab memikirkan susahnya kan nak hadapinya nanti. Tapi takpe aku sanggup hadapinya cz Raihana anak aku. Anak yang aku kandung dan lahirkan..semestinya aku kuat. Insha'Allah.
Aku harap nanti dipermudahkan Allah...cz nextweek bermula lah episod aku berseorangan bersama Raihana..opss selama 3 hari je...
12 comments