Shopping Baju Baby and Mommy

4:17 PM

Dua hari lepas aku MC. Demam akibat terkejut kot gigi kena cabut. Tengah malam walau kipas ON no 1 pon aku leh menggigil...dan langsung xleh nak berjalan. Tu g clinic terus kene ward ..masuk spital. Tapi aku xg malam tu terus cz aku tau kalau g kompem kene admit..haha.so esoknya aku g sebagai pesakit luar jumpa gynea aku. Dapat dua hari MC.

Hari ke2 MC aku dah kuat sikit. G shopping baju baby...Erkk..survey dulu baru nak shopping. Aku sempat ke ManjaKu kat Bangi. 


Banyak jugak pilihan and aku ade survey tilam Bumble Bee and set lain .. Comei jugak tapi hati ku tetap nak set kekabu. Selesa sikit aku rasa.


Ada banyak jugak aku sempat survey kat sini. Then aku g ke kedai number 2. Ape entah...Jap tgk plastic beg dia korang sure tau kot. Kedai dia belakang deret pusat rawatan Az Zahra and An Nur. Aku tak de berkenan ape-ape barang baby kat sini tapi en asben berjaya memujuk aku untuk mencuba beberapa pasang baju maxi pregnant. Hasil nya....
Haa nama kedai tu MumDreams
Isi dalamnya..Tarammmmmmmmmmmmm



Balik dari MumDreams, pekene cendol and laksa depan kilang-kilang tak jauh dari warta. Then rushing ke area Taman Melawati nak pergi serang OneBabyWorld outlet kat situ. Nasib kat situ kena tanggal kasut. So setiap kali belek barang aku memang duduk bersila akibat kepenatan teramat sangat.

Harga lebih kurang dekat manja ku. Tapi aku hanya beli barut baby 3 helai and towel baby sehelai sebab en asben suruh pilih. Nanti weekend ni aku nak pergi beli lagi sebab aritu dah penat malas nak pikir dan aku lupa bawak list barang baby.


Balik dari OneBabyWorld, terus ke Tesco Extra Cheras. En asben belikan stock makanan sikit untuk kami dan aku membelasah ABC and claypot kat food court bawah tu. Kelaparan sangat.


Then kami meneruskan perjalanan ke Cheras, Batu 9 ke rumah kawan en asben. Sembang-sembang skejap sambil membelasah sate lagi. (adoiii kuat makan betul). Then kami balik. Aku terlelap on the way back to. Penat sangat.





You Might Also Like

1 comments

Like us on Facebook