Monday, April 30, 2012

Shopping barang untuk Raihana

Sudah lama tak update blog... nasib belum bersawang.. Aku tak de mood nak update blog so aku tukar la template blog dengan harapan mood baru datang..

Aku nak update citer pasal aritu aku beli online sterilizer dan warmer brand little bean punya. Barang sampai elok je...yahooo


Parcel baru sampai...



 Inilah barangnya... 3 item murah cz aku dapat dengan harga RM149.90. Sebelum ni aku survey harga RM199.90 atau paling murah pon dapat RM179.90. Rezeki aku kot...


Lepas tu, aku ade beli bouncer untuk Raihana. Beli kat Manjaku dekat Tesco KB. Nampak macam dia selesa je lepak atas bouncer baru nya tu.


Bouncer baru si comel...

...
..
.

 Pose dari Raihana...


 

Monday, April 23, 2012

Raihana on Day 26

Pejam celik pejam celik dah nak masuk sebulan usia anak ummi. Skejap je ummi rasa dan kadang-kadang ummi macam tak cayer yang ummi dah punya anak ummi sniri sorang. Alhamdulillah ya Allah kerana sudah makbulkan doaku dan suamiku untuk punyai anak sendiri.




Apa yang aku dapat katakan, Raihana semakin manja.. Asyik nak dipeluk dan manja betul. Kadang-kadang menangis....bila ummi nye pegang serta merta sayang diam. Macam tau je ummi nye pegang..

Lagi satu sayang ummi ni suka dera ummi. Dekat nak Subuh nak aje ummi riba sambil ummi tido bila duduk di sofa.. Adus.....kena riba la sampai arini ummi rasa lebam lutut kot..Adeiiii



Anak ummi ooo anak ummi... Ummi and abi always sayang kamu.....

Friday, April 20, 2012

20 April 2012

20 APRIL 2012


Hurm ada ape yer dengan tarikh ni.. Sebenarnya tarikh ini adalah EDD sebenar untuk Raihana. Based on scan dan calculation tepat EDD kena pada hari ni.

Kita hanya merancang...Allah sudah tentukan yang Raihana kuar awal lagi..awal 23 hari tu dari perut ummi nyer.

Syukur cz kami berdua selamat semasa prosidur tu. Memang pengalaman paling manis terutamanya apabila aku celik mata, nurse aku bertanya nurse, macam mana baby saya... (rasa macam dalam TV plak)..
Apabila nurse menjawab, baby puan selamat. Bergenang air mata ummi.. Ummi mamai mamai pon sempat lagi tanya soalan tu....



Arini merupakan hari ke 23 Raihana lahir ke dunia... Anak ummi semakin cerdik.. Sayang anak ummi.

Thursday, April 19, 2012

Raihana Jenjalan

Opss...bukan sengaja yer nak bawak Raihana jenjalan pada hari ke 21..tapi ummi nakg clinic..pastu tokma ade kje...cik su plak nak g spital anta pen drive kat doctor nya untuk presentation. So, kami bawakla Raihana jugak. Takkan la nak tinggalkan Raihana pada nenek (moyang Raihana)...hehee


Possing jap dalam rumah with Tok Ma...



Ready with tok ma di seat belakang kereta.


Raihana pulak macam biasa...tido dengan nyenyak tak menangis nak susu ke kencing pon...
Bagusnya anak ummi..

 Raihana dengan muka bolat nya sedang tido lena


Kita kasi zoom sikit lagi gambar si comel tido nih...

Tarammmmmmm



nanti esok pulak Raihana berpossing yer...

Tuesday, April 17, 2012

Raihana on Day 20

Hari ni genap 20 hari anak ummi lahir ke dunia. Malam tadi ya ampun....ummi sampai pening asyik  bergilir bangun dengan tok ma.. Akhirnya ummi pengsan lepas Subuh. hehe..Tapi anak ummi ni pandai, siang hari tido bukan main nyenyak... Geram tau.. Malam nanti siap laaa.... Abisla ummi dan tok ma. Tapi takpe , malam ni Cik Su ada....yeayy..Cik Su post call arini. Esok dia off day. Lega ummi.

Tadi, nurse datang rumah untuk timbang berat Raihana. Taramm....bila nak timbang for sure la anak ummi kena bogel..opsss.... tokma bukak je sluar...erkkk terbau sesuatu...alamak..anak ummi berak la...so take time kejap untuk tok ma g basuh anak ummi kat sinki. Elok je dah siap..nurse dah ikat kain lampin macam buai untuk gantung anak ummi, tiba-tiba anak ummi kencing plak dah... Aisehhh nape ni....sejuk yer... Aduhla..kelako rasanya..


Anak ummi dah ada kat dalam 'buaian' tuh sambil nurse tengah nak sambungkan penimbangnya.


Taram...dah kena timbang....hasilnya...3.5kg pada hari ke 20.


Hari 1st: 3.1kg
Hari ke 10: 3.2kg
HAri ke 20: 3.5kg

Lepas nurse balik terus tokma mandikan Raihana.. siap pakaikan celak.. Idea dari Mak ngah nya yang kat JB la ni..heheh mintak-mintak lebat bulu kening anak ummi.

 Phewitt..nampak hitam sikit kening Raihana


Kasi Zoomm skett....



Now sayang ummi masih tido lagi sejak lepas dimandikan. Hanya minum sebotol susu dan sambung tido balik...

Monday, April 16, 2012

New Look of Raihana

Minggu lpas dah buat majlis cukur jambul. Jumaat pagi aritu bawak Raihana ke rumah MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz untuk ambil berkat orang alim cukurkan dia cz sebelum ni beliau masuk ward, so tak dapatlah bawak Raihana bercukur masa hari ke7 nya.

Ummi pergi sekali ke masjid tu. Tok Ma and Abi naik solat Subuh dan ummi riba Raihana dalam kereta. Raihana sungguh baik tak de nanges pon hanya berkelip-kelip mata memandang ummi dan kami berdua terlelap dalam kereta. Sedar-sedar abi dah kejutkan ummi untuk ambil Raihana untuk proses bercukur.

Petang tu sempena hari Jumaat, ummi potong kuku Raihana untuk 1st time dan abi pulak mencukur Raihana bersama tok ma. Hasilnya, tarammmmm ni la dia new look of Raihana...

Si comel sedang tido lena...


Zoom dekat sikit, dah terselah kemontelan anak ummi....sejuk hati ummi setiap kali pandang wajah buah hati ummi ni...





Friday, April 13, 2012

Cukur Jambul dan Akikah Mya Zara Raihana

Alhamdulillah.. kami telah selamat mengadakan majlis cukur jambul serentak dengan akikah untuk puteri sulung kami yang tersayang pada 11 April 2012 iaitu pada hari ke 14 nya.

Ramai saudara-mara dan kawan2 tok ma and tok abah datang. Almaklumlah cucu sulung dalam family kami. Alhamdulillah... Terima kasih pada semua yang datang.

Raihana pon memberikan kerjasama yang baik masa tengah cukur jambul tu. Takde nanges langsung hanya tido siap tak bangun pon. Lega dan memudahkan kerja abi nya.

 Raihana get ready.. modern sket..takde baju kurung ye ummi...



Ummi with Raihana..saja berpossing with anak ummi..

Thursday, April 12, 2012

Breastpump - Medela Freestyle Ummi

Untuk memastikan anak ummi mendapat susu ummi yang secukupnya ( sorry kalo x cukup ye sayang...ummi ade tambah fm untuk anak ummi sikit)... aku ade prepare beli breastpump Medela Freestyle.

Beli melalui sistem kutu melalui Little Caliph. Ummi punya turn dapat end of march aritu. Kebetulan barang-barang sampai ketika ummi dalam ward.


Niatnya ummi nak breastfeed kan Raihana ...tapi kadang-kadang sayang tak nak menyusu direct. Ummi siap beli nipple shield Pigeon tapi tak jalan, Then ummi beli brand Medela. Alhamdulillah, nipple shield yang ni banyak membantu. And akhirnya Raihana dah dapat menyusu direct dari ummi walau agak mencabar.. Sabar ye sayang..


 Inilah set yang ummi dapat aritu.....amat selesa menggunakan set ini dan berbaloi.

Monday, April 9, 2012

Kisah Zara

Still lagi mood nak update citer pasal Zara...

Day 8:


Zara bebas dari jaundis sepenuhnya. Alhamdulillah. Aku ade kasi dia minum air anggur hitam..titik sedikit kot mulut nya. pastu blend air sengkuang. Yang ni lagi cepat dia berak. Mengikut nurse, dia cakap lagi banyak berak kuning lagi bagus. So memang cepatla sembuh. Ada jugak mak aku mandikan Zara dengan air teh. Air inai pon ok jugak.

So far mencabar jugak menjaga anak kecil ni. Kena bangun kerap sebab dia suka menyusu. Kadang-kadang gilir dengan abi nya. Aku akan pam susu siap-siap kalau rasa tak larat bangun. So en abi akan tolong bagi dia menyusu. Memang respek en abi sebab sanggup berjaga berjam-jam demi untuk Zara tersayang.


Day 9:

Malam ni last abi temankan Zara before abi balik ke Perak untuk kerja. Nanti abi balik lagi hari Selasa jumpa Zara. Kebetulan hari ke14 nanti nak buat majlis bercukur dan akikah nya sekali gus.

Oh yer masa hari ke7 en hubby dah selamat mendaftar kelahiran Zara di JPN, Pasir Mas.



Day 9: 

En Abi dah masuk kerja dah..tinggalla Zara dengan kami semua kat kampung. Rindunya kat abi. Abi just call la pengubat hati rindu pada Zara. Setiap kali abi nya bagi salam dan panggil nama Raihana..terus dia terdiam. Mungkin cari mana kah abi nya kot....

 Aku sempat snap gambar dua beranak ni sebelum en abi pergi ke Perak.



Day 10:


Baby Zara masih lagi breastfeed macam biasa. Ku terpaksa pam since dia tak puas menyusu. Tapi ada kalanya aku bagi je direct. 

Zara tidak banyak kerenah. Dia suka tido hanya akan bangun kalau nak menyusu dan juga berak.


Day 11:

Aku sempat order Medela Nipple Shield dari babydash.com. Sungguh cepat service yang diberikan. Pihak babydash siap call aku untuk confirmation dan juga beri free gift untuk order pertama aku ni.



Day 12:

Sian Zara, ummi selalu susah nak ejas kasi Zara sendawa.. hehe belum expert macam tok ma and en abi. Tak sabar tunggu en en abi balik. Rindu sama abi...


Sunday, April 8, 2012

Mya Zara Raihana ...

Hari ni genap hari ke 11 Mya Zara Raihana dilahirkan.. En hubby suruh panggil Raihana..aku plak nak panggil Zara..tapi sebenarnya sejak dalam perut lagi kami berdua asyik panggil dia dengan nama 'Raihana'. Patutla sekarang kalo panggil Raihana je...dia akan respon.

Day 1:
Lahir ke dunia... selepas dibersihkan nurse temukan Raihana dengan abi nya untuk diazankan manakala aku masih pengsan kesan bius. Selepas aku sedar , aku ditolak ke ward. Aku sempat bertanya nurse 'Macam mana keadaan anak saya'.. Nurse menjawab ' Anak puan selamat dan sihat'. Alhamdulillah...

Dah sampai di ward... en hubby membawa masuk baby dari nursery..Aku hanya mampu terbaring atas katil sebab sakit dan hanya sempat mengusap pipi anak ku..

 3 jam selepas dilahirkan

Malam tu plan asal en hubby sorang je temankan aku sebab baby duk kat nursery. Tapi rupanya kami boleh amek dari nursery dan anta balik ke nursery bila baby lapar or bila-bila perlu. Tapi pukul 11 malam baby nangis kuat giler dan aku call mak aku..Mak setuju nak datang tido temankan aku.. Naseb kami memang amek bilik sorang. So baper ramai nak datang pon takpe.

Pukul 2.30am aku ngan mak xlarat dah...Kami semua kepenatan..Panggil nurse bawak baby ke nursery.


Day2:
En hubby bgn Subuh mamai cari baby di mana..Hehe kesian dia cari baby..sebab dia lupa agaknya baby dah diserah kat nursery malam tu. Die solat Subuh then terus ke nursery amek balik anaknya. Sayang betul dia..Sapa tak sayang anak oiii..hehe

Pagi tu Dr Zana buat ward round. Dia tanya nak sunatkan terus ke tak. Aku cakap..buat terus jela since memang Dr Zana boleh buat. So setel tak sampai 10 minit baby diserah kembali pada aku. Lega dah sunatkan Zara.

Tengah hari tu, nurse bagitau dah boleh discharge. Aku cakap tunggu en hubby balik dari solat Jumaat. Kami balik la ke rumah..Yahooo


Day 3:
Ummi still tak dapat susukan Zara. Kuar sikit je..Pagi tu bangun tido rasa tak boleh angkat lengan. Sah aku dah bengkak susu. Bagitau en asben mintak pergi ambil mak bidan sebab aku dah rasa bunga-bunga nak demam bengkak susu. Mak bidan datang urut-urut lancarkan susu dan aku lega. Dapat susukan Zara walau amat susah sebab nipple problem...dia tak puas....


Day 4:

 Zara ready ke KK with TokMa and Abi

Pagi tu en hubby pergi report aku bersalin di Klinik Kesihatan Kedai Lalat. Tak sampai dua jam nurse datang membuat visit pertama. Dia check blood pressure aku dan baby. Dia cakap baby ku ada jaundis..So dia mintak bawak baby ke KK after lunch. So kena tunggu tok ma untuk pangku baby. Tokma balik dari hospital hari tu terus bawak baby ke KK.. Aku rasa nak nanges bila mak bagitau sian tengok zara kena inject kat kaki. Baru ku rasa cemane perasaan kawan-kawan aku yang citer sian tengok anak kena inject.
Result darah menunjukkan bacaan 197. Aku pulun breastfeed dia dan pam bagi melalui botol pon ada. En hubby siap belikan nipple shield untuk aku, tapi brand Pigeon. Hantam sajalah sebab aku pon tak pernah tengok menda ni. Tapi tak membantu sangat...


Day 5:


Tokma bawak Zara with Abi ke KK. Blood test menunjukkan bacaan 235. Alamak naik. Aku terdiam takut kalo makin naik silap-silap Zara kena tahan ward. So en hubby suruh aku survey hospital mana. Kami decide nak bawak ke Pakar Perdana sekiranya Zara kena admit.

Day 6:


Aku, En hubby, Zara dan Tokma ke Pakar Perdana. Aku ada follow up dengan Dr Zana untuk buang plaster tempat operate dan doc bagitau luka ku dah kering. Doc scan dalam rahim, sudah clear. Alhamdulillah.
Lepas tu bawak Zara jumpa pakar kanak-kanak dan doc kata nothing to worries sebab jaundis dia tak teruk. Just teruskan breastfeed. Nasihatnya tak perlu kejutkan baby 2 jam sekali untuk susukannya sebab baby tau untuk bangun sebab baby tido adalah untuk pembesaran. Lega aku dengar. Next appointment ujung bulan ni pulak untuk bawa Zara amek suntikan 1 bulan.


Day 7:



Masih monitor jaundis nya. So far makin baik dah pulih. Lega ku dengar. Cuma malam-malam dia suka terjaga untuk menyusu. Waktu dia biasa bangun pukul 1-2am, 3-4am dan 5-6am...Pengalaman baru untuk ku dan en hubby tetapi dibantu oleh ibuku. Kadang-kadang tido sambil meriba nya. Tapi aku berbangga sebab en hubby banyak berjaga dari aku..Hehe..ummi penat katakan...

ok nanti sambung lagi citer ni...

Saturday, April 7, 2012

Admission di HUSM

Lepas keluar HSM (Hospital Sri Manjung), balik kampung rehat sehari. Esoknya pergi HUSM. Skali terus kena admit lagi.

Amat la sedih tapi cukup aku katakan Dr kat situ ada dua orang aku blacklist and most probably aku akan buat surat complain terhadap dua doktor ini. Tiada etika kerja. Tak hormat kita sebagai manusia. Memperlekehkan orang. Siap tak percaya aku nak Pakar Perdana.... Yelah ingat kita tak mampu.. Tapi takpe.. Allah dah mempermudahkan segalanya. Syukur padaMu ya Allah.

Tersadai sementara tunggu en hubby register masuk ward.


Doctor sedang interview aku.. hehe doktor ni sape lagi... Adik aku la..kebetulan dia incharge O&G time tu.. tq Dr Dell cz layan kakak mu dengan baik...


En hubby yang setia menemani ku walau di mana sahaja berada.. I love u so much bie....


Kuih yang ku cari kat KL tak jumpa-jumpa..Akhirnya mak bawakan time aku duk kat ward..Aku tak tau ape nama kuih ni..tapi aku just panggil kuih topi...

Thursday, April 5, 2012

Admit di Hospital Sri Manjung

Alkesahnya...rentetan kesah admit di Hospital Sri Manjung ni aku dah update di entry sebelum ni. Tapi tak sempat upload gambar.

Aku ni sbenarnya g Klinik Yasmin untuk mintak referral letter untuk bersalin nanti ke HUSM, Kubang Kerian. Alih-alih doc Yasmin scan cakap placenta previa aku still type 3...yang mana amat berisiko untuk travel and dia cakap bom jangka yang leh meletus bebila... Means aku akan hadapi risiko bleeding sama ada bleeding sikit or macam air paip. Masya'Allah..takutnya aku.

Terus aku direfer ke Hospital Manjung. Kena g labor room sana. Macam-macam kena buat. Blood test la CTG la macam-macam and end up dengan aku kena admit di sana. Sempatla dua malam. Kalau diikutkan aku kena tahan sampai bersalin which sehingga week 37 atau 38 iaitu awal bulan 4. Fuh lama gila and aku amat tak suka duk hospital bila berjauhan dengan family. Tambahan pula en hubby kalut ulang alik kerja. Sedey saya.

Under Dr Kamal...

Dah berkemas untuk balik daaa..

Masa kat Hospital Manjung, layanan ok. Aku sempat amek injection Dexa iaitu untuk matangkan paru-paru baby. Fuh memang sakit..sampai menggigil aku dibuatnya. Tapi demi baby tersayang, ku sanggup.

Tunggu punya tunggu, rayu punya rayu aku dapat discharge dengan own risk dan kena lapor diri ke HUSM untuk admission ke sana. Huwaaa tak de chance nak duk rumah la jawabnya. Aku akur so terus balik ke kampung dengan penuh debaran. Aku dan en hubby berdoa semoga perjalanan kami selamat. Sepanjang perjalanan ku pasal bacaan ayat alQuran dari quran digital dan letak di perut. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat.

Wednesday, April 4, 2012

Alhamdulillah.... Our daughter safely delivered on 29 March 2012

Arini genap 7 hari usia buah hati kami ke dunia. Terlalu banyak dugaan yang dihadapi tetapi di saat melahirkannya Allah telah memudahkan ku . Syukur ya Allah.

Mya Zara Raihana nama diberi oleh kami untuk puteri sulung kami. Penantian selama 4 tahun berakhir dan kami menganggap inilah hadiah ulang tahun perkahwinan kami yang paling manis. Walau anniversary kami jatuh pada February tapi aci la kan Raihana lahir pada March walau pada asalnya due yang doc tetapkan ialah 20 April 2012. Raihana lahir awal 3 minggu secara pembedahan caesarian disebabkan masalah placenta previa type 3.

Buah hati abi dan ummi ..Mya Zara Raihana

Mya Zara Raihana dilahirkan di KPJ Perdana, Kota Bharu pada 29 March 2012 tepat 10.59AM dan disambut oleh Dr Zanariah. Syukur tiada masalah semasa proses kelahiran walau risiko untuk berlaku kekurangan darah amat tinggi bagi wanita yang placenta previa especially type 3 and type 4.

Entry tertangguh sebelum bercuti

Salam..warm up kejap setelah sekian lama 'bercuti' dari dunia blogger. Banyak hal yang terjadi suka duka tetapi terselit kemanisan dalamnya. Amat manis.

Sebelum tu saya nak update entry tertunda yang sepatutnya diupdate sebelum 'bercuti' panjang aritu.
Last saya kerja aritu rasanya 10hb March.. saya siap kemas meja sebab dengar-dengar akan ade 'visit' dari team 5S untuk spot check. Aritu dah dapat 3 red tag. Kantoi...

Meja saya....
 

Ni pon meja saya..hehe meja yang same..view berlainan

Ni plak esoknya Sabtu saya sempat g rumah kawan alam maya saya, First time jumpa. Nak tau kami ni mula kenal sejak sama-sama usaha untuk pregnant. Macam-macam story kami share...susah senang...semua kami share. And aritu sempat berjumpa Tiey with baby comelnya for the first time. Masa tu si comel baru umur 3 bulan..


Kat rumah Tiey di Gombak

Lepas tu langkah dipanjangkan ke Midvalley (sempat lagi tuh)... sebab nak g Mom dan Baby Exhibition. Tapi g pusing dalam 20 minit je sebab bosan. Then kami terus g food court..isi perut la ape lagi...

Snap tiang tempat parking... senang ....


Eh eh...ade plak Ajinomoto kat sini....hehe terselit jugak kompeni ku..eh silap kompeni pat aku kojer la
 

Interframe skejap

Lepas tu..balik sebab penat giler...
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template