Pregnancy Check up : 29 weeks ++

8:35 AM

Ahad lepas masa di Sitiawan, aku ada g check up kat Klinik Yasmin (Manjung). Nasib aku baik, sebab even public holiday and weekend, Dr Yasmin ada kat klinik. So dapatlah aku buat check up kat situ.

Masa scan tu.. baby tengah nganga dua kali. Minum air tu doc cakap.. So cute sebab aku and en asben siap nampak gusi nya masa tu. Macam tau-tau je Dr tengah fokus di muka nya. Masa ni aku lupa mintak Dr print out scan result and lupa nak tanya berat baby. Yang sempat aku tanya:

- Tumbesaran otak (normal sebab line tu Dr tunjuk center)
-  Kaki, tangan and anggota lain (Normal sebab doc fokus semuanya.. Insha'Allah)
- One more time, en asben mintak Dr confirmkan gender (masih nak suruh Dr cakap boboi even though kami dah buat 4D scan gynea kami cakap Gegurl).

Since kami nak balik kampung esoknya, Dr mintak kami refer gynea kat specialist kat KB. So kami decide nak ke KBMC. So Dr Yasmin pon kasi la referral document untuk ke sana.


Aku hanya paham terms "placenta previa" since Dr cakap placenta previa aku ni type 2 nak ke arah type 3. Terdiam aku masa tu.


Masih nak tau ape Dr tulis tu..aku mintak adik aku yang Doctor tu explain kasi aku paham ape ke benda "G2 P0 A1" tu...After dia explain baru aku paham.. Tq Dr Dell sayang.

You Might Also Like

3 comments

Like us on Facebook