Insurance Cheque From UniAsia & Malam Pratonton Adnan Sempit 2

10:22 AM

Semalam pagi-pagi lagi aku dapat surat dari UniAsia. Aku tersenyum sebab bulan February ialah time untuk aku terima cheque dari UniAsia. Untuk tahun ni aku dapat RM360 hasil dari ape yang telah aku join tu.

Surat dari UniAsia, saje nak snap sikit.


 Pagi tadi en hubby tolong g masukkan cheque ni ke mesin Cheque Deposit.


Ok citer sebelah malam pulak, semalam aku and en hubby hadirkan diri untuk Malam Pratonton Adnan Sempit 2 bertempat di TGV Sunway Piramid. Kami gerak dari rumah 6.40pm sampai sana cari surau kat Jusco, lepas solat Maghrib baru g register.

No tiang parking harus diambil, lagipon aku tak familiar dengan Sunway Piramid. Hehe aku hanya familiar Midvalley saja cz dekat dengan rumah walhal Sunway Piramid pon sama dekat je dengan rumah aku.


Hanya snap gambar ku je sebab tak de mood and xlarat nak bergambar dengan artis-artis yang ada disebabkan takut nak lalu celah-celah orang dengan perut memboyot.hehe.. Aktiviti aku duduk bersila sambil makan makanan yang disediakan..Sedap sangat choc cake tu..sampai 4 slice aku tibai.. Thanks MIG.

After makan, tu nampak tak belakang aku baju ijau and tudung ijau mommy kepada Sam a.k.a Adnan Sempit.


Nampak tak sticker pink kat lengan kanan aku. Haa itu adalah tiket and proof la untuk join this program.

Last masa nak kuar tempat makan ni aku nampak Along Rajalawak tengah diintebiu, Yana baru sampai and aku sempat snap gambar Intan Ladyana skeping. Cantiknya dia.


Jom layan trailer Adnan Sempit 2 kejap..korang harus pergi tengok..Memang lawak gila..... SPOIL......haha



You Might Also Like

4 comments

Like us on Facebook