Sessi Menghabiskan Voucher Buku 1Malaysia

9:54 AM

Dah nama student... of course la dapat voucher buku 1Malaysia tu. So Sabtu lepas aku and en hubby decided nak perabiskan voucher tu kat MPH, MidValley. Aku pergi ke outlet dia macam biasa.. Tapi TUTUP.


Owhh dah pindah tempat. So pergi jela...tak jauh dari Burger King kat LG. Fuh punya la ramai student-student macam aku duk memilih untuk perabiskan voucher. Aku beli 3 biji novel untuk adikku Elah, 3 biji buku agama and lagi 4 biji untuk aku and en hubby iaitu kisah-kisah Nabi dan yang sewaktu dengannya.


Total RM 206 kot tapi aku asingkan bil sebab pembelian RM100 ke atas dalam satu bil akan dapat RM5 voucher. So aku asingkan bil dapatla RM10 voucher. Nanti leh guna untuk beli barang lain nanti.


Ada satu buku je tak jumpa walau dibantu oleh staff MPH. Tengok dalam sistem ada 40 biji tapi entah dimana tah buku tu. Sian kat adik aku...

Dah siap membeli belah, g beli strawberry Korea. Manis giler...and murah beb..Rm11.90 untuk sbekas ni...


Sorry cara snap yang tak berapa betul cz snap dalam keta.

 

Manis betul... rasa macam tak cukup pulak..

Kuar Midvalley aku teringat yus kawan yang duk Selayang, terus aku call ajak dia makan. Naseb dia free. So layan makan kat sana. Aku order air kiwi (tapi tuka plak dengan en hubby cz masam), hubby order air ciku (dapat kat aku.haha) and yus walau sakit tekak order tembikai...perghhh memang terbaek la untuk orang yang sakit tekak..


Gambar lain dah tak snap sebab dah terlalu lapar sampai lupa nak bergambar with Mekyus.. Next time yer yus eh..


You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook