Thursday, June 30, 2011

Cara Mengeringkan bunga

Aku kena usha tips untuk jaga and keringkan bunga yang aku dapat Isnin aritu..cantiknya aku tgk..smakin berkembang bunga tu skang. 

 Pengeringan Bunga



Apabila seseorang memberi anda bunga pada hari ulang tahun anda, janganlah anda buang setelah layu. Anda dapat mengabadikannya dengan mengeringkan bunga tersebut. Anda juga dapat mengeringkan bunga dari halaman anda.
Ini adalah aktifitas yang saya sukai, karena saya dapat mengabadikan buket pernikahan, bunga valentine, bunga dari teman yang berkunjung kerumah, bahkan bunga dari kebun belakang rumah saya.
Cara cara klasik pengeringan bunga :

Pengeringan klasik oleh udara
Pengeringan tekanan
Bunga yang dapat dikeringkan adalah bunga yang tidak mengandung terlalu banyak air, seperti bunga bogenvil, bunga hortensia, bunga mawar, bunga margerit, bunga chrysantium dll. Bunga dari tanaman berakar bawang biasanya susah dikeringkan, contohnya : gladiol, tulip, lili, jacinthe, dahlia, begonia dll.
Contoh bunga kering yang dipadu dengan bunga imitasi.
Pengeringan klasik pada udara terbuka:
Ini adalah pengeringan yang paling mudah dan paling indah, menurut saya. 2 hari sebelum bunga menjadi layu, segera persiapkan untuk dikeringkan. Jangan menunggu hingga menjadi layu. Caranya mudah : Ambil sekitar 8 -10 tangkai bunga (varietas yang sama), dan potong tangkai bunga sama panjang (sekitar 30 cm dari bunga). Petik daun daun yang ada di tangkai bagian bawah. Sebaiknya jangan membiarkan terlalu banyak daun, karena daun menyerap zat warna bunga.
Jadikan satu semua tangkai bunga dengan mengikatnya pada bagian bawah dengan tali rapia. Setelah itu gantungkan terbalik (bunga dibawah). Usahakan untuk memilih tempat paling kering di rumah, dan tidak terkena cahaya langsung. Akan lebih baik lagi bila ditempatkan di tempat yang tidak terdapat cahaya sama sekali, karena zat warna bunga akan lebih bertahan.
Untuk bunga yang mempunyai kelopak lemah, anda dapat mengeringkannya dengan cara lain. Siapkan wadah yang lebar dan agak dalam (keranjang bambu / baskom besar). Lapisi dasarnya dengan kertas koran atau kertas penyerap kelembaban (absorbant). Lalu tata kelopak bunga atau bunga diatasnya tanpa menyentuh satu sama lain. Biarkan kering selama beberapa hari di tempat yang tidak terkena cahaya langsung. Setelah kering, anda dapat menempatkannya didalam wadah kaca atau keranjang bambu kecil dan tambahkan beberapa tetes parfum bunga. Hiasan ini dapat dipergunakan sebagai pengharum ruangan atau kamar mandi.
Untuk perawatannya, keringkan bunga tersebut dengan hair dryer (pengering rambut) 4 bulan sekali, terutama di daerah yang lembab seperti Indonesia.
Kredit to :Kagungnadi

Tuesday, June 28, 2011

Surprise on Monday morning

Gurlp...tengah syok buat kerja kat opis samalam aku dapat call from receptionst.

Miss Receiptionist: "Kak Fiza..leh keluar kejap tak ada hadiah nak suruh akak receive"
Aku: Hah..hadiah ape pulak ni...akak ke?
Miss Receiptionist: "A'ah akak la..ade bunga ni kak.."

Gulp...(sambil telan air liur).. sape pulak nak kasi ni...besday lambat lagi. Anniversary pulak dah lama lepas. belasah jela..

Bila di tengok tu baru ku tau siapa...Siapa lagi kalo bukan en hubby. Bie..i luv u so much..Thanks bagi bunga tu (mcm tau2 je aku teringin nak dpt bunga kt opis...wakakkakaka ngok ngek)

Ni haa..layan zassttt kejap gambar. ...6 red roses and 6 white roses....nyum...

 possing sket.paksa vendor aku snap gambar aku. naseb die sporting

 tuh die di sudut partition meja aku

 ni dah ade yang tak tahan nk bukak bagi bunga ni kembang..geram katanya

view lagi skali..skang aku dh wat balik bunga ni kt umah...rindunya kat en hubby

Monday, June 27, 2011

PETUA-PETUA KAMPUNG YANG AMAT BAGUS - Part 3

  PETUA  KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut  Jerawat

Mula-mula ambilkan sedikit madu  dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan  jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap  wanita.

 

35. Menghilangkan Tahi  Lalat

Asalammualaikum, Caranya ialah  ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya  tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.  Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang  mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

 
 
36. Bibir Merah  Semulajadi

Petua ini saya amalkan sejak 11  tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin  pada bibir anda sebelum tidur.. amalkan setiap hari.
 
 

37. Melebatkan Bulu Kening
 
Setiap wanita inginkan bulu kening  yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan  cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan  dikening pada setiap malam.

 

38.   Licin  Berseri

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu  pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit  hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang  setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin,  berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
 
 

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
 
Setiap kali sebelum anda ingin  mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air  kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu  dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh  muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur  hilang. Amalkanlah selalu.....

 

40.. Mengelak Daripada Lebam di Bawah  Mata

Semasa kita menyapu krim atau  foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna  jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

 

41. Menghilangkan Lebam Bawah  Mata

Sebelum mandi pagi, lapkan mata  anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk  menyegarkan mata.

 

42. Melicinkan Wajah

Ambil buah  tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi  licin dan halus. selamat mencuba.

 

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
 
Bibir yang hitam boleh kembali  bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya  yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu  dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

 

44..  Menghilangkan Lebam di  Bibir

Untuk menghilangkan atau  mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk  lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda  setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk  melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap  malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.
 
 

45. Memerahkan Bibir

Saya ada  masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang  dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir  saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil  masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini  dapat membantu saya sekian,terima kasih

 

46.  Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan  Bulu Kening

Caranya mudah saja...ambil sebiji  buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi  yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan  bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada  kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan  berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa  saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.
 
 

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak  Bijak

1.   Seri Wajah: Ambil  sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan  pada

tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2.    Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum  pada setiap pagi

insyaallah mujarab.



 

48.  Mencantikkan Kulit  Muka
Untuk jadikan kulit muka yang  cantik, mestilah rajin mencuci.

1.   Sapu muka dengan telur  -merah/putih biar hingga kering
2.   Cuci muka dengan air suam dan  sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn

     tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak  ditumbuhi jerawat dan
    menegangkan kulit muka yang  kendur.

 

49. Menyerikan Wajah

Ambil,embun pagi dihujung  rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak  tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga  kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.
 
 

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan  Jerawat

Ambil kayu manis dan dicelup di  dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis  yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah  jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin  mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.
 
 

51. Petua Awet Muda

Bangun  pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @  gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap  pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah  kesannya kerana saya telah mencubanya.

 

52.  Muka Berseri
 
Bangun pagi, sebelum air menyentuh  mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula  dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali.  Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan  dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan  tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

 

53.  Sentiasa Muda
 
Ramai wanita yang ingin nampakmuda  walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila  bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan  selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda
 
 

54. Nampak Muda

Untuk  kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah  selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita.  Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang  menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat  mencuba.

 

55. Sentiasa Awet Muda
 
Untuk melihat wajah kita agak muda  daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang  sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff,  kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan  kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.
 
 

56. Kulit Sentiasa Tegang
 
Basuh muka dengan air. Ambil  sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan  letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih  telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering  Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka  nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan  kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah  anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.
 
 

57. Muda Jelita Sentiasa
 
Setiap wanita amat mementingkan  kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan  Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan  kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan  ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda  akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan  dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

 

58.  Wajah Jelita
 
Semasa berdandan diwaktu pagi baca  selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati  supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini  berkesan dan sampaikan kepada orang lain

 

59.  Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan  Kening

Ingin kelihatan cantik , Gunakan  Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda.  Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil  terbaik.

 

60. Memutihkan Kulit Muka
 
Ambil sebatang timun batang  diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama  bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi  putih dan jerawat pun hilang.

 

61. Menghaluskan Kulit Muka
 
Petua ini diberikan oleh guru saya  iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda  dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada  muka anda..



Friday, June 24, 2011

Gambar sebalik Pra Tonton Sekali Lagi

Yahoo..semalam aku and hubby g Sunway Pyramid because both of us dapat tiket. Aku dapat VIP seat with partner and en hubby dapat tiket biasa with partner. Actually aku and en hubby nak masuk VIP seat sekali en hubby kasi kawan aku Eliza masuk..Suka la cik kak tu..tambah2 yusry ada kat situ..

Aku dapat duduk hall sekali ngan artis and media.. okla rasa sebab dapat hadiah dari Mr David malam tadi..siap dapat peluang bergambar depan skrin with artis..lebiu laa korang memang sporting. suka sangat. Cakap banyak tak guna.,Zassst gambar sekitar majlis Pra Tonton malam tadi.

 semua pemenang dpt bgambar kat depan...blur plak gambo ni

 cepat duduk...tapi jangan salah duduk...

 kami diintebiu oleh Dila from MIG

with Mr David...lebiu...nanti buat lagi contest terbaek ni..Saya suka sangat. TQ

with Farid Kamil

with Lisa

with Arman...

Ehem..menemankan Lisa..so suwet

 Mr David with US

 nilah tiket kami yang special tu


So..korunk harus tonton filem ini. 4.5 start aku kasi untuk buah tangan Mr David kali ni..

Thursday, June 23, 2011

Pra Tonton Filem Sekali Lagi

Kelmarin aku terbaca di Fan Page David Teo..pasal sesape berminat untuk join Pratonton "Sekali Lagi" diminta tinggalkan comment di web page yang diberi. So ape lagi.. aku layan zast..apply untuk aku and laki aku cz aku ingatkan sorang dapat satu tiket.


Semalam check email..tup tup kami berdua dapat email dari Metrowealth untuk hadir pra tonton "Sekali Lagi". Ape lagi YAHOO and leh bawak partner. Aku decide nak ajak kawan aku Eliza and hubby die. Terus sms pagi smalam and sepantas kilat die membalas sms ku.. "NAKKKKKK" means die nak join. So setel problem aku.

So malam ni jumpa di sanaaaaa.. Sunway Pyramid 8pm.
Thanks Mr David Teo.

Sinopsis Sekali Lagi


ArmArman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah lakonan mantap SHAHEIZY SAM, LISA SURIHANI, MIA SARA NASUHA dan BRONT PALARAE di pawagam.
 
Tak sabarnya nak jumpa Mia Sara yang comel.
 
Note: Esok aku akan citer pasal aku dapat hadiah dari Metrowealth pulak. Jumaat ni g collect. 

Wednesday, June 22, 2011

4 rumah terbakar

Kelmarin balik kerja aku ternampak kepulan asap hitam di udara. Saspek..rumah terbakar la ape lagi. Masa tu aku lalu dekat hiway KESAS. Nampak dengan jelas until sampai ke rumah pon boleh nampak lagi. So aku pon nak jadi detektif Conan skejap. Jom layan.



Sekian laporan dari detektif Conan.
Aku terbaca post kat Lowyat forum ..suspect kebakaran berlaku di Taman Sentosa - melibatkan 4 biji banglo. Then aku tak tau ape endingnya.

Sunday, June 19, 2011

Pemilihan Wallpaper ke Photo Mural Untuk Rumah

Untuk wallpaper aku dah ter'booked' dan bayar deposit sikit masa pergi jalan-jalan dekat "Home Deco Exhibition" di Stadkum Melawati aritu. So nak tak nak kene pegi pilih la corak untuk ruang tamu dan bilik tido kami. Kami just decide untuk buat featured wall je la ..Tak mampu untuk buat satu rumah.

Smalam call la Kedai tu, tapi sayang kedainya tak bukak on weekend, just bukak on weekdays. Adui.. susahnya camni. So aku dah ajak kawan aku, Along untuk g tengok, nak tak nak kami keluar jugak la dan Along ada idea g tengok wallpaper kat salah satu kedai kat Taman Melawati. Naseb kedai tu bukak.

Skali dah sampai sana..aku terberkenan dengan photo mural pulak. Actually aku memang ade survey photo mural seblum ni tapi tak menyeluruh just surf internet je. Smalam semua soalan kami tanya. Dan yang paling penting smalam aku belajar...."Siapkan dulu perabot , curtain and cat rumah before pilih photo mural". Nampaknya kena hold dulu la impian aku. Sempatla save duit dulu. Harga siap pasang dekat 1k untuk 12x8 sqft.
'
Along pon terbekenan jugak tu..so sama-sama berangan. Dia tak pe la rumah dah setahun duduk. Memang dah leh berangan pilih yang mana. Kami siap surf tenet lagi malam tadi..Memang cantek. Highly recommended.

So semalam aku dan along dah berkenan beberapa design ni. Jom kita layan sama cuci mata kejap.

 Mountain photo mural

 Yang ni aku dan along berkenan gilos..mmg chantek..hope dpt beli yang ni..insha'Allah

Yang ni along berkenan gilos..bunga nye chantek..fresh giler

Medina vew... Sejuk mata memandang..sesuai diletak bilik solat
 Door photo mural...
Untuk Door pon leh diletakkan photo mural ..harga pon berpatutan.

Tepuk dada tanya selera and bajet. Aku kene siapkan lain-lain dulu before pilih benda ni. Tak sabar nak tengok apela hasilnya rumah aku tu nanti. Harap deco tak hancus. Haha

Friday, June 17, 2011

Alhamdulillah. Bakal masuk rumah baru.

Alhamdulillah. Arini aku nak share ngan uols semua pasal insha'Allah kalau tiada aral bulan depan kami akan pindah ke rumah baru kami. Location: taram....masih dirahsiakan until semua complete. Hehe.

Walaupun rumah kecil kami ini sederhana tapi kami bersyukur sebab dapat jugak beli rumah sendiri. Aku rasa ok la sebab aku stay KL pon sorang. So daripada menyewa baik bayar untuk rumah sendiri and now en hubby tengah dalam process beli tanah or rumah kat Perak area tempat dia kerja. Insha'Allah. Ginila kene plan kalau dah masing-masing berjauhan. Aduhai lambatnya abis belajar, aku tak sabar nak pindah kerja kat sana. Insha'Allah.

Kunci rumah....hehe.tapi bukan camnila..saje je upload yang ni coz cute je tengok.

Actually before dapat kunci rumah tu ada beberapa perkara kami kena sette down. 
1) Bayar electric fee ape tah (untuk meter)


2) Maintenance Fee - ni pepandaila kautim untuk bayar start bila. Normally developer akan charge from date sign off S&P. Tapi aku request mintak from date bank release payment. So aku jimat 3 bulan payment tuh.


3) Electricity deposit - ni bayar dekat TNB. Make sure sediakan S&P, setem hasil RM 10 dua keping.


4) Water deposit - ni bayar dekat SYABAS kat PJ.

Lepas bayar maintenance baru dapat surat untuk collect kunci. Kami g collect kunci esok nya sebab tak sempat siapkan dalam masa sehari cz masa tu kene g hospital lagi. Banyak masa spend kat spital aritu.

 tolong pilih kaler mane yang ok..haha

 Next kita citer pasal barang-barang rumah. Tapi sekarang aku perlukan idea untuk cat rumah dan wallpaper. Any idea?? Sila share ngan aku. Kalau boleh nak deco modern punya interior. OK

Thursday, June 16, 2011

Ajinomoto Family Day - 50 years - Part 3

Part 3 plak. ni citer hari esoknya plak...Activity pertama ialah breakfast.. no no aku tak leh makan laa sebab still sakit. just temankan en hubby makan. Aku minum susu dan coco crunch yang dah kembang..tu pon sakit gila nak telan.

After breakfast, naik bilik pack baju ape semua, mandi heheh g breakfast tak mandi lagi..kantoi. Kami gerak turun kat bawah park keta kat skyway kat bawah. Alasan senang nak balik in case orang ramai x payah naik. Tapi disebabkan en hubby tak berpuas hati tak dapat naik kami pon queue la..punya la panjang.sejam jugak la queue.

 Tengah queue pon possing..

 Perjalanan bermula..readyyy GO

 Saya tidak gayat OKEY..Orang sekeliling je gayat..tengok derang diam je

tinggi kan..agak tinggi untuk orang yang gayat. 

Sampai kat atas...kami terus pusing untuk turun plak..main skywat semata-mata sahaja. Ok x? hehe
Layan lagi gambo..Zassttt.
 lalallala..banyaknye..masa ni aku langsung tak rasa gayat compare to masa naik cabel car kat Langkawi

 dah sayup-sayup..aku dah ready untuk pejam mata bila aku rasa takut

 dah turun balik

 muka sikit cengkung dari dulu....huwaa nak kurus lagi

 saya pon xgayat kata en hubby

ini adalah saya..Sekian. End.


Wednesday, June 15, 2011

Ajinomoto Family Day - 50 years - Part 2

Ok dah settle part outdoor, balik mandi and makan en hubby je makan.. terus keluar semula untuk layan indoor. Sebenarnya aku ni gayat orang nya so aku tak rasa ralat kalau tak dapat layan sangat game outdoor. Masa aku bujang aku dah layan semua game. Pelik jugak kenapa dulu aku tak gayat. Pelik kan.

Most of the game kene queue panjang. Aku ni dengar nak muntah sebab angin tak makan punya hal layan jela. Naseb aku dah minum susu strawberi aku tu sebelum keluar, so aku ada tenaga. Oh ye lupa sebelum tu kami ada g beli tiket Pirates of Carribean 3D, showing time pukul 1am, Gilos sure mengantuk tapi aku rasa malam tu aku nak spend time sangat dengan en hubby, so aku rasa aku boleh tahan tahap kemengantukan aku tu.

So ape kata kita layan gambar semasa indoor pulak yer.


 hehe saya tak gayat hokey..


 tak dapat masuk sebab tak tahan sejuk..dulu dah masuk..beku kepala ku

 Muka orang dipaksa yang game yang tak mencabar katanya.


Lepas layan game tu pukul 11 naik bilik sekejap.. oh ye malam tu kami check in kat First World Hotel. Rehat bilik sampai dekat kul 1am kami gerak ke cinema. Aku pakai baju 4 lapis..wakakakaka sebab aku jenis tak tahan sejuk tambah-tambah aku masih tak sehat.

Best giler citer ni..memang tak sia sia la layan 3D...terbaek.. I like Jack Sparrow..lakonan bersahajanya memang terbaek...

Next Episod..Jom Layan:

Ajimomoto Family Day - Episod 1
Ajimoto Family Day - Episod 3

Tuesday, June 14, 2011

Ajinomoto Family Day - 50 years - Part 1

Ini adalah entry tertunda. Actually, Family Day kompeni aku adalah pada 28 May 2011. Tapi aku baru ada kelapangan untuk upload gambar. Masa tu mood aku masih sakit sebab sepanajang kat sana aku tidak dapat makan macam orang lain. Nasib baik aku. bawak susu strawberi tuh sebagai ganti nasi. Kalau tak sure aku menggigil kelaparan macam minggu pertama selepas keluar ward di mana aku loose about 5 kg. Tapi skunk naik balik huwaaaa..naik 2kg..haha melantak x ingat la tu.

Aku pergi jugak ke Genting ni disebabkan dah booking bilik hotel. Rasa macam rugi kalau tak pergi sebab dah bayar siap siap. Oh ya Family Day ini adalah yang pertama diadakan untuk replace annual dinner. Kami sampai di sana tempat 9.30 pagi dikira lambat kerana registration close 10 pagi. Tapi still ok la sebab bukan ada anak pon. Kalau ada sure aku akan gerak awal lagi kan.

So..jom layan zasstt gambar kami di sana. Setiap orang diberi tiket indoor outdoor untuk satu hari , Tiket return skyWay. Date sah untuk 28 May atau 29 May bergantung pada hari kita redeem tiket. valid untuk sehari sahaja.

Semua org dapat possing kat sini dan dia akan print kat kita. Aku je suruh photographer tu snap guna kamera aku..Skali die xpandai amek la..Tak nampak banner belakang. Hampeh. Tapi ok la kesian dia banyak kena shoot gambar. Sure pening. Anyway thanks.

Possing jela dah xdapat makan.

 En hubby bersemangat nk queue. Sekali ujan terus cabut lari.

 Acah menembak. Before snap ni aku dah menjatuhkkan dua pin dengan hanya skali tembak.
 

Possing lagi


Sambung lagi di entry seterusnya...episod seterusnya :
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template