Pemilihan Wallpaper ke Photo Mural Untuk Rumah

2:10 PM

Untuk wallpaper aku dah ter'booked' dan bayar deposit sikit masa pergi jalan-jalan dekat "Home Deco Exhibition" di Stadkum Melawati aritu. So nak tak nak kene pegi pilih la corak untuk ruang tamu dan bilik tido kami. Kami just decide untuk buat featured wall je la ..Tak mampu untuk buat satu rumah.

Smalam call la Kedai tu, tapi sayang kedainya tak bukak on weekend, just bukak on weekdays. Adui.. susahnya camni. So aku dah ajak kawan aku, Along untuk g tengok, nak tak nak kami keluar jugak la dan Along ada idea g tengok wallpaper kat salah satu kedai kat Taman Melawati. Naseb kedai tu bukak.

Skali dah sampai sana..aku terberkenan dengan photo mural pulak. Actually aku memang ade survey photo mural seblum ni tapi tak menyeluruh just surf internet je. Smalam semua soalan kami tanya. Dan yang paling penting smalam aku belajar...."Siapkan dulu perabot , curtain and cat rumah before pilih photo mural". Nampaknya kena hold dulu la impian aku. Sempatla save duit dulu. Harga siap pasang dekat 1k untuk 12x8 sqft.
'
Along pon terbekenan jugak tu..so sama-sama berangan. Dia tak pe la rumah dah setahun duduk. Memang dah leh berangan pilih yang mana. Kami siap surf tenet lagi malam tadi..Memang cantek. Highly recommended.

So semalam aku dan along dah berkenan beberapa design ni. Jom kita layan sama cuci mata kejap.

 Mountain photo mural

 Yang ni aku dan along berkenan gilos..mmg chantek..hope dpt beli yang ni..insha'Allah

Yang ni along berkenan gilos..bunga nye chantek..fresh giler

Medina vew... Sejuk mata memandang..sesuai diletak bilik solat
 Door photo mural...
Untuk Door pon leh diletakkan photo mural ..harga pon berpatutan.

Tepuk dada tanya selera and bajet. Aku kene siapkan lain-lain dulu before pilih benda ni. Tak sabar nak tengok apela hasilnya rumah aku tu nanti. Harap deco tak hancus. Haha

You Might Also Like

3 comments

Like us on Facebook