Breakfast and last meal yang keras2 utk aku
Doc datang dan bagitau aku nak kena operate. Tak lama lepas tu Pakar Bius datang pulak bagitau aku and aku kemungkinan akan ditempatkan di ICU after operate sebab doc tak tau condition aku nye pernafasan cemana. Bunyi macam menakutkan tapi itulah hakikatnya.
Pukul 11 a.m - nurse datang untuk menjemputku dengan strechter selepas disuruh menyalin pakaian nya.
Baju biru
En hubby sempat iring aku sampai ke pintu nak masuk ruang menunggu OT. Agak sejuk tapi aku maintain leh tahan sejuk. Aku diminta tukar katil dan lepas tu ditolak lagi. Aku tak baper paham kenapa kena tukar2 katil ni tapi maybe ni procedure kot cz masa aku nk operate kat spital Putrajaya dulu pon camni la gamaknya. Layan kan aje...
Bila dah tuka katil aku dotolak and tunggu depan pintu bilik OT. Menakutkan cz dibiar dok baring situ sorang. Tengok je org lalu lalang and aku cam biasa terlelap skali lagi selama maybe 2 3 minit. Bila pintu OT dibuka aku ditolak..humang aih..aku dah gigil.. Cemane ni aku dah gigil...Dedua doc pakar sudah ada. Derang cakap2 sikit ngan aku and xlama tu aku diinject la, wayar dah penuh. Last skali yang aku ingat ade satu mask di hidung aku. Aku sempat bagitau nurse. "nurse..saya lemas la.." Nurse diam, x sampai a few second pastu aku xsedar ape2.Aku rasa itu kene bius kot..huhu nak kasi aku pengsan kot.
Sedar x sedar aku dh kat ruang bilik lain..aku cuba bukak mata tapi x dapat, xlarat. Aku sempat buka sikit mata dan nampak mcm blur blur ..Ala2 mcm dlm tv tu. aku dengar nurse2 dh cakap. Eh akak ni gigil. So derang wat masuk ape tah kasi aku panas sket. Die cakap kat aku tukar katil . Dalam x larat tu derang bantu aku tukar katil and aku diberitahu akan ditolak ke CCU.
Bila dah kat CCU pon aku xsedar sebab aku terlelap lagi. Bila buka mata nampak en hubby datang with doc ku. Aku senyum. Doc tunjukkan kat aku ape yang dibuang masa operate tu. Aku angguk je cz masih mamai. Pastu lelap lagi.
Hasil yang dibuang. Tonsil doc tak kasi sebab nak anta ke lab untuk test.
Petang tu en hubby datang temankan aku. Nurse yang baik tu kasi en hubby temankan aku until die abis shift then en hubby kene keluar sbb CCU xde orang leh teman. Uwaa tido sorang malam tu. Naseb aku nye bilik depan kaunter nurse. So aku xkasi nurse tutup sliding door tu sbb aku asek terjaga time tido cz sakit. Kejap2 aku press bell panggil nurse. Kul 12.30 malam aku panggil nurse. Ku sangkakan dah 6 pagi. Kesian aku sebab x sabo jumpa en hubby.Thanks en hubby cz nemankan sayang sepanjang masa yer.
0 comments:
Post a Comment