Saturday, June 11, 2011

PETUA-PETUA KAMPUNG YANG AMAT BAGUS - Part 1

CARA  UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN



 
1.   JANGAN BERLAPAR  
 
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar  'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar  metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada  

kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun  tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi  metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar  kalori pada tahap yang sama lagi


2.   AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah  kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa  pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim  dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh  menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3.   MINUM 8 GELAS AIR  SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan  membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan  makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan  dengan banyak.


4.    ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya  mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan  tubuh.


5.   KURANGKAN  PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan  penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda  menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan  air.


6.   AMBIL SARAPAN  PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan  sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan  pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang  mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan  paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar  kalori.


7.   MAKANLAH  DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan  dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh  akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8.   KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH  KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum  menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.


9.    Biar makan kerap dengan  kuantiti yang sedikit  daripada makan hanya sekali, dua tetapi  dengan

kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan  snek  atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-

gula getah.  Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11.  Kurangkan pengambilan   marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti  

ais anda.


12. Apabila makan di  restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana  minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang  gula.


13. Buah-buahan dan  sayur-sayuran  adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral  dan serat dan

kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap  hari  kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika  

anda minum banyak, dan waktu itu  anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus  asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah

Sesetengah  rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan  lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan  pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih  Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan

Bijirin penuh adalah  sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat  

kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. Simpan Satu Diari

Simpan satu diari  makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan  

dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan  yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan  boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa  lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat  atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga  boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet  anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat  catatan.


18. Tumpukan perhatian  untuk sihat, bukan kurus

Ramai orang lebih  berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka  menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.  Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih  makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik  untuk  mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau  mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit  

minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak  haiwan.


20. Ketika memilih piring  makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil  sayuran

dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir,  lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.  Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa  lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak  

makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk  turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan

membantu  menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda  berjalan satu

kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga.  Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru  saja terisi.





22. Khusus bagi kaum  wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan  memasak..
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah  perbelanjaan sesuai dengan

keperluan. Jika ingin membeli makanan,  kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan

segera harus anda  kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


23.  Untuk mengempiskan perut ,  gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan

dapat  dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin  boleh disamakan

dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang  memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. Kurangkan pengambilan gula  kerana  setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk  langsing

i.
         Jalan cepat. Gunalah kasut yang  cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.     Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik  tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki  lif

iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju  dengan nafas yang dalam

iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik  bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat  melancarkan peredaran darah

v.   Tunggang basikal dan kayuh  perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan  merampingkan peha.


0 comments:

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template